Terima kasih kepada semua ahli kelab generasi ICT terutamanya Nashha 4 Intan,Farid 4 Intan,Farhana dan Farahani (4 Permata). Hasil kesungguhan kamu semua maka selesailah proses kemasukan data SSQS. Diharapkan ahli kelab lain juga dapat turut serta pada satu hari nanti.
Kerjasama daripada guru terutamanya Pn. Fatimah Zaharah dan Cik Chua Pei Sing dalam menguruskan SSQS amatlah dihargai. Ribuan terima kasih diucapkan. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru yang memberi kerjasama di dalam mengisi borang kajian SSQS. Semoga guru-guru dapat meningkatkan KPI masing-masing berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan. Memang sukar bagi guru-guru untuk melaksanakan PnP menggunakan teknologi ICT . Kita sering berpesan dengan pelajar,buat sikit sikit...lama-lama jadi bukit... Perumpamaan itu nampaknya boleh di aplikasikan dalam kehidupan kita. Mungkin 1 tahun,1 skill... 10 tahun...kita akan lebih mahir..dan mahir... Insyaallah saya akan sedia membantu.
Program selepas ini adalah,mengemaskini penyelenggaraan komputer. Sesiapa yang berminat bolehlah memberi nama kepada saya.
Pada hari ini,saya telah memohon kepada Pengetua agar diberi peruntukan untuk penghasilan bendera sekolah yang hampir lusuh dan tidak mengikut kriteria. Untuk Unit Seni Visual,ribuan terima kasih di atas kerjasama.
Pesanan drpd en. wan nasir:
1)semakan tahunan ;senarai semak peralatan ict (mengikut unit)
-ada ?
-lupus hilang ,gantian
Cadangan : Program semakan bersama guru : rujuk en wan nasir