01 July 2010

Semakan wireless sekolah

Alhamdulillah..harini saya bersama PKG Kukup dan En Taufiq membuat satu operasi iaitu semakan wireless sekolah yang tergendala.

Langkah yang kami ambil ialah:

1)membuat tagging di setiap wayar (guna reader)
2)restart semula wireless dan semua switch yang berhubung
3)membuat checkup menggunakan arahan start>run>cmd>ping 192.168.0.1 (ip)
4)setting static ip utk semua pc pelajar
5)membuat semakan ke server

Alhamdulillah..
1)Makmal 1 telah berjaya di konfigurasikan
2)Wireless MK 01 telah berjaya di konfigurasikan
3)Wireless Aztech bagi Blok A dan B berjaya di konfigurasikan

Pengalaman
1)Menggunakan walki talkie utk checkpoint.
Rasanya sangat penting..pakai hp habis duit jer.
2)Looping yang dasyat dapat dikesan apabila wayar dari port20 berhubung dengan port 19..Keadaan switch akan blinking yang sangat laju.Ini disebabkan pelajar tersalah pasang.
3)Bos suruh belanja makan PKG ... tapi aku tak makan pun...dah kenyang

Next projek

1)Pihak PKG dapat trace ada switch hub dari bilik server mengalami kerosakan...
Kengkawan...adakah switch hub bley rosak..klu bley rosak ...kita nak rujuk saper yerk...
2)Saya sudah hubungi pihak PKG untuk tindakan seterusnya,malangnya pihak berkenaan menyatakan bahawa beliau hanya mengendalikan talian internet sahaja bersama sahabat mereka iaitu JARING.
3)Yang mengecewakan saya,talian Schoolnet hanya boleh di capai 4 komputer pelajar sahaja. Baiklah sekolah kami berpakat untuk membeli talian ADSL.. Tapi mahallah..RM 140 sebulan...

Ok jumpa lagi.