ads

09 March 2011

Kriteria Pertandingan

Maklumat Ini di ambil dari http://webs.fsksm.utm.my/remaja-inovasi/index.php/kriteria.html

Saya bercadang untuk buat laman petandingan laman blog..So saya dah jumpa kriteria dia

Kriteria Pertandingan
Written by Administrator
KAEDAH PERLAKSANAAN & PENGHANTARAN

1. Mendapatkan idea inovasi ICT mengikut kriteria Idea inovasi ICT.
2. Membina laman web mengikut kriteria laman WEB.
3. Letakkan web dimana — mana hos pelayan web.
4. Hantarkan link / alamat kepada sekreteriat


KRITERIA IDEA INOVASI ICT

* Idea yang jelas, unik & boleh dilaksanakan.
* Idea boleh melibatkan perisian sahaja atau gabungan perisian & peralatan.
* Memberi kesan positif kepada masyarakat.
* Memerlukan kos perlaksanaan yang rendah.
* Mempunyai proses perlaksaan yang jelas.


KRITERIA PENILAIAN

* Matlamat dan Objektif Projek
* Idea Inovasi ICT
* Proses Penyelesaian Secara Umum
* Anggaran Kos
* Rekabentuk dan Persembahan Kandungan WEB.


KRITERIA LAMAN WEB

1. Rekabentuk laman web yang simple dan mudah.
2. Objektif. Pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk laman web seperti penggunaan warna, sasaran pengguna, teknologi, dsb. Kandungan laman web juga haruslah fokus kepada objektif.
3. Kedudukan link/menu perlu konsisten. Anda perlu menyediakan link pada kedudukan yang tetap. Jika dalam laman utama link anda berada dibahagian tengah atas, pastikan laman (page) lain juga mempunyai link pada kedudukan yang sama.
4. Gambar yang digunakan hendaklah optima supaya ia mudah untuk dimuat naik dan tidak terlalu berat. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung, tetapi ingat, hanya letak gambar-gambar yang berkaitan sahaja (gambar produk anda). Pemilihan konsep warna yang sesuai juga amat penting.
5. Navigasi. Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web anda dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang anda telah buat. Pastikan anda merekabentuk link/menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat pengunjung. Pilih warna yang sesuai supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas.
6. Logo dan nama. Pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identity kumpulan anda.
7. Font. Anda perlu pilih font yang standard sahaja seperti Arial,Verdana atau Times New Roman. Jika anda menggunakan font yang bukan standard, ada 2 perkara mungkin berlaku:-
1. Menyusahkan pengunjung anda membaca. (Font Script)
2. Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan membaca kerana font tersebut tiada di dalam komputer mereka.
8. Cara menghubungi anda. Anda perlu sediakan kaedah atau cara bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda sama ada melalui email atau telefon.
9. Isi kandungan web anda. Anda perlu pastikan maklumat yang anda sediakan dalam web adalah berkaitan dengan projek anda dan mencukupi, kerana pengunjung akan merasa puas hati dengan info yang lengkap.
10. Pastikan link yang anda buat di laman web berfungsi.
11. Susunan. Pastikan susunan grafik, button, text dan link disusun dengan baik dan tersusun. Laman web yang berterabur membuatkan pengunjung tidak akan lawati web anda untuk kali ke-2 dan seterusnya.