22 May 2012

Mesyuarat ICT Kali Pertama 2012

Alhamdulillah...Tahniah diucapkan kepada raka-rakan seperjuangan kerana dapat hadir mesyuarat ICT sekolah. Seramai 20 orang dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Rasa seronok bermesyuarat dengan pengetua baru kerana sentiasa memberi kata putus yang segera. Mesyuarat bermula pada jam 2.00 petang dan habis pada 3.20 petang. Fuhh ...lama juga

Antara perkara hangat yang diperkatakan adalah:

1)Maklumat penggunaan LCD projektor. 
Jumlah projektor yang baik baik menyusut. Daripada 27 ke 22. 
Mahal sangat ker projektor lamp ni. Aku tengok kat ebay...Rm 400 dah boleh dapat.
 Selain itu,ada maklumbalas daripada PKG,berkemungkinan peruntukan membaiki mentol lampu ini akan dibekalkan. Ntahlah...harap harap adalah pihak KPM tolong
2)Projek IES
Nampaknyer projek IES ini masih samar samar lagi. Kata putus daripada KPM pun tak pasti lagi. Aku pun tak pasti. 
3)Laman web sekolah
Pada mula terdapat perbezaan pendapat samada ingin membuat mengggunakan JOOMLA ataupun WORDPRESS. Wordpress memang cantik klu pandai diubahsuai. Bagi saya laman web sekolah adalah bersifat official atau rasmi. dari segi log in pengguna dan perlantikan publisher merupakan aspek utama dalam membangunkan laman web ini. Rakan sekerja saya mendapat mandat pengetua agar beliau memajukan laman web sekolah. MMMM.... terpulanglah...niat saya nak bantu pihak sekolah. Klu boleh jangan kerja seorang. Sekolah beratus or beribu orang dahagakan maklumat.

4)Kew312 MK 03
Nampaknya makmal KDP fasa 1 sekolah aku dah tiada. Sekarang telah digantikan dengan makmal bahasa plak. So bagi mengelakkasn masalah kehilangan peralatan maka kew 312 mestilah disemak semula dan diserahkan kepada penyelaras yang baru. Semoga berjaya Kak Ija.

5)Yuran Kelas ICTL
Hihihi...sekolah saya wat kutipan RM3 setahun bagi kelas ICTL. Bilangan pelajar ICTL ada 300 orang pelajar. So setahun dapatlah sumbangan RM 900. Manalah cukup dengan bilangan komputer mencecah 42 unit,dengan komputer semua lahir pada tahun 2004. Monitor sekali rosak pun dah mencecah RM350. Itu sebiji,klu 5 biji setahun. Mana nak cekau duit. Sekurang kurangnya duit peruntukan 5k setiap tahun boleh lah diguinakan untuk beli mentol projektor yang mahal nak mampus tue. Walauapapun sekolah saya dah memasukkan dalam minit mesyuart agar dinaikkan dari RM3 ke RM10.

3)Penyelaras SSQS
Tahniah kepada PN Azaria di atas perlantikan sebagai pegawai SSQS. Semoga amalan amalan terbaik ICT dikalangan guru n pelajar dapat diterapkan dari masa ke semasa. Huhuhu...sekolah aku dapat 5 bintang...Pengsan nak buat kerja.

Pengalaman aku duk sebelah bos....klu bos suruh  bentang..bentang jerrr.... jangan ada feedback dan sebagainyerr...tq kasi peluang menjadi penyelaras ict sekolah.

Bye